Sunday, 11 March 2012

BoNeKa


DEFINISI

  •   Merupakan sebarang benda atau objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej.
  • Apa sahaja objek boleh menjadi boneka selagi ia digerakkan oleh pemain.
  •  Pemain akan cuba menghidupkan watak menerusi dialog yang dipertuturkan atau aksi boneka boneka tanpa sebarang dialog. 
  •   Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan.
  •   Pendengar dapat menghayati disamping melibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.

KESAN BONEKA TERHADAP MURID :
  •   Pendidikan komunikasi iaitu kanak-kanak dapat belajar berkomunikasi dengan kawan-kawannya.
  •  Melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita
  • Merangsang daya imaginasi.
  •  Memberi murid pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan.

JENIS BONEKA 

 
Boneka Jari

Boneka Mobail

Boneka Sarung Tangan    
Boneka Tongkat
 
CONTOH AKTIVITI 

Judul cerita : Arnab yang Pemalas

Nilai : Kita tidak boleh menjadi orang yang Pemalas.

Moral : Kita jangan jadi seperti arnab yang pemalas sebab Allah benci orang yang   
            Pemalas.
            Kita juga jangan selalu memberi alasan.
            Kita juga harus menepati janji kita.

Peralatan yang digunakan : Puppet sarung tangan yang berupa Arnab dan Tupai.

Ceritanya......

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab lagi.

 Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalas itu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab itu lagi.

Proses Penceritaan :

Pemilihan cerita :
  Contoh cerita : Arnab yang Pemalas.
  2 Pilihan :
·         Memilih cerita terlebih dahulu sebelum membuat skrip,kemudian membina boneka berdasarkan watak dalam cerita.
·         Menggunakan sebarang boneka yamh dijadikan watak dalam cerita.
Skrip :
·         Tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan hendaklah sesuai dengan umur kanak-kanak.
·         Skrip hanya dijadikan garis panduan dan boleh diubahsuai ketika penyampaian cerita.
  Penceritaan :
·         Guna teknik menggerak lakonkan boneka.
·         Dialog ditutur sesuai dengan geraklaku.
·         Guna pelbagai variasi suara.
·         Boleh mendapatkan khidmat pembantu dalam menggerakkan watak.



MEMBINA BONEKA MUDAH :

·         Guru-guru boleh melakukan aktiviti ini Di Taska atau Tadika.
·         Ibubapa juga boleh melakukan aktiviti ini bersama anak-anak di rumah.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti ini ialah:
  •  Stokin bola
  • Kertas surat khabar
  • Getah gelang
  • Mata boneka ( 2 utk 1 murid )
  • Kayu cucuk sate
Cara-cara :
  • Renyuk kertas surat khabar jadi bentuk bulatan.
  • Masukkan dalam stokin.
  • Ikat dengan getah gelang.( Supaya mudah murid ikat. Jika guna benang bulu kambing, alamtnye cikgu le yg kene buat. Alasannye tak tahu nak ikat. Biasa lah tu kan  :- )
  • Buat la sehingga ke hujung stokin. Lagi banyak bulatan yang diikat, lagi cantik ulat tu...
  • Emmmmmmm bila dah siap, jagan lupa lekatkan mata dan cucuk lidi sate pada kepala dan hujung badan ulat..^_^

 
               
Ini Lah Boneka Ulat yang dah Siap...^_^

                     



No comments:

Post a Comment