Di dalam kitab dikatakan 'AWALUDDIN MAKRIFATULLAH' ertinya awal-awal agama ialah mengenal Allah. Kalau seseorang itu tidak mengenal Allah, segala perintah suruh yang dibuatnya serta segala perintah Iarang yang dijauhkannya yang mana adalah merupakan anugerah yang hendak dipersembahkan kepada Allah S.W.T. tidak akan sampai. Kemudian perlu kita ingat bahawa segala perintah suruh yang kita buat sama ada yang berbentuk fardhu mahupun sunat dan segala perintah larang yang kita jauhi sama ada yang berbentuk haram ataupun makruh, semua itu adalah berupa amal bakti yang hendak kita persembahkan kepada Allah S.W.T. Manakala kalau kita tidak kenal Allah S.W.T. maka segala amal bakti itu tidak akan sampai. lbarat kita di dunia ini hendak memberi satu hadiah kepada seorang raja sedangkan kita tidak kenal raja itu. Maka hadiah yang hendak kita sampaikan itu tidak akan sampai kepada raja itu. Bila kita sampai ke istana, kita nampak pembesar istana dan kita pun menyangka dia raja dan terus memberikan hadiah itu kepadanya. Kita ingat pembesar istana itulah raja tetapi rupa-rupanya dia bukan raja. Kerana itu kita perlu kenal sungguh-sungguh kepada raja itu, barulah senang kita hendak menyampaikan hadiah kita itu kepadanya. Begitu jugalah dengan segala amal bakti kita yang hendak kila hadiahkan kepada Allah S.W.T., kita mesti mengenal Allah S.buat. sungguh-sungguh, maka barulah hadiah kita itu sampai kepada-Nya. Dengan sebab itulah, di dalam ajaran Islam, mula-mula sekali ialah mengenal Allah S.W.T. Bila seseorang itu telah kenal Allah S.buat., maka apabila dia berpuasa, puasanya sampai kepada Allah; dia bersembahyang, sembahyangnya sampai kepada Allah S.W.T. dia berzakat, zakatnya sampai kepada Allah; dia naik haji, hajinya sampai kepada Allah; dia berjuang, dia berjihad, dia bersedekah dan berkorban, membuat segala amal bakti, semuanya akan sampai kepada Allah S.W.T. Kerana itulah, mengenal Allah ini adalah amat penting kepada kita. Dan untuk kita mengenal Allah melalui sifat-sifat yang wajib bagiNya iaitu yang sebanyak 20 sifat, adalah dengan cara dalil-dalil 'aqli dan dalil-dalil naqli.
No comments:
Post a Comment